Sabtu, 24 November 2012

TIP HAJI 2

Assalamu'alaikum.. Para pembaca yang dirahmati Allah.. Lama sangat ummu tak update blog ni... Tip menunaikan haji yang ummu nak kongsi dulu pun tak habis lagi..

Beberapa tahun kebelakangan ni ada sahabat-sahabt ummu yang juga menunaikan haji... Dari pengalaman mereka, dapatlah ummu katakan di sini, tidak semestinya yang ummu catatkan di sini akan sama dialami oleh bakal-bakal tetamu Allah nanti...

Sebab tu sebelum menunaikan jemputan Allah, kita kena mohon keredhaan @ kemaafan dari orang2 di sekeliling kita... Terutamanya ibu dan ayah kita... jangan lupa minta nasihat dari orang-orang yang berpengalaman... Setiap kesenangan dan kesukaran pasti akan ada hikmah di sebaliknya...

Di KLIA

1. Penantian di Lapangan Terbang Jeddah @ Madinah... ini bergantung kepada tempat kita akan mendarat.. Ummu alhamdulillah mendarat ke Madinah dan rombongan kami diberi keistimewaan untuk melepasi emegresen terlebih dahulu... ada juga sahabat ummu yang terpaksa menunggu sehingga (kalau tak silap ummu) 6 @ 7 jam sebelum melepasinya.. Itu pasti ujian Allah yang pertama untuk melihat setakat mana kesabaran kita... TANDA ALLAH SAYANG TU..

2. Makanan dan minuman.. Ummu pernah memberitahu sahabat-sahabat bakal haji, tidak perlu membawa banyak makanan (kering).. Sebenarnya ummu terlupa bahawa jemaah haji pakej travel dan tabung haji muassasah tidak sama cara menghidang makanannya... Ummu tak boleh nak komen banyak... sebab, jika selera tak ada, yang sedap pun jadi tak sedap.. Berbeza dengan orang yang makan sebab nak sihat dan boleh menunaikan ibadah... Pasti dia lebih suka redha dan tawakkal... Wallahu a'lam... Maafkan ummu kalau tersilap tulis..

3. Ummu pernah katakan kini jemaah wanita dah mudah untuk solat sunat di Raudhoh.. sebab diorang dah susun sistem giliran...  Tapi menurut sahabat ummu, masih susah juga nak solat di tempat tu... wallahu a'lam... mungkin masa ummu x berlaku apa2 masalah kot...

4. Batuk...  hampir setiap jemaah menghidap batuk , yang mungkin boleh menyebabkab terkencing.... Alhamdulillah, selepas ummu amalkan petua pakcik ummu, ummu tak batuk kecuali hampir waktu balik ke Malaysia... ummu elakkan minum air zam-zam sejuk... minum ketika dahaga... dan sentiasa berdoa untuk kesihatan...

5.  Ibadah yang utama di Masjidil Haram , adalah solat.... jadi perbanyakkan solat.. sebab pahalanya 100 000 x ganda...ke 2, Masjidin Nabawi, ke 3 Masjidil Aqsa dan lepastu masjid Quba...

Rasanya, ini dulu untuk malam ni... ampun dan maaf jika ada kesilapan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...